TOLONG DOAKAN ADIK KESAYANGAN KAMI...

Baru lepas stable daripada TTP-HUS (thrombotic thrombocytopaenic purpura - haemolytic uraemic syndrome), yang dicomplicatedkan lagi dengan renal failure (perlukan haemodialysis seumur hidup) and jangkitan paru-paru (sangat serius sehingga perlukan bantuan pernafasan dan ICU admission) sejak awal bln 5 hingga pertengahan bln 6 baru-baru ini. Then, several another hospital admissions due to fluid overload and recurrent pneumonia, sekarang dia dimasukkan ke dalam wad mata pula kerana ada pendarahan dalam mata, dan dia telah hilang daya penglihatan..mata kanannya memang sudah buta lepas accident beberapa tahun dulu..kini mata kiri pula yang bermasalah..

Kini, daya penglihatannya hanya dalam 5% jer daripada normal..semuanya KELAM..
Kawan2 yang budiman, diharapkan sangat2 agar sama-sama mendoakan kesihatan adik kami Mohd.Syuib...Semoga diringankan ujian yang diberikanNya dan dikembalikan rahmat kesihatan..Amin..


Tak sanggup rasanya melihat kesedihan dan kesukaran yang dilalui oleh adik sendiri..apatah lagi melihat kesabaran ibu yang menjaga adik..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Ya Allah, berikanlah kekuatan pada kami sekeluarga..Kau sembuhkan penyakit adikku..hanya pada Engkaulah tempat kami memohon..ya Allah..Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..


cuib dengan rizmi..beberapa tahun yang lalu


hari raya 2010


raya 2010..ada 2 family yg takde..encik hubby jadi cameraman


hari raya 2011


pengapit pak tam - feb 2012


cuib, ateh n the gang..



BUAT ADIKKU MOHD SYUIB, SEMOGA KAMU TERUS KUAT, TABAH, CEKAL DAN REDHA ATAS SEGALA UJIAN ALLAH INI..KAMI ADIK BERADIK AKAN TERUS MENDOAKAN KESIHATAN KAMU....KUATKAN SEMANGAT!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Najwa.H said...

gembira tengok gambar raya tu....


moga dikembalikan kesihatan ke atas adik cik timah...berat mata memandang, berat lg yg memikul. semoga korang semua sentiasa kuat & tabah.

MommyRizmi said...

kesian sgt kat dia..dia start kena beberapa minggu sebelum the very final exam dia (dia blaja kat ikm..amik course "chargeman-wireman"..tak sempat amik final exam..skang mata dh x ok, camner la nak sambung blaja blk..

~::FaDiNa::~ said...

Masyaallah.....Spt mimpi je bila baca entry timah ni....Tak sangka, dlm usia terlalu muda, Allah telah mengujinya sedemikian rupa....Akak doakan semoga syuib & slrh ahli keluarga timah tabah mengharungi segala2nya...& dikembalikan kesihatan yang baik bt syuib....amin....

Hida Kadiso said...

semoga adik cik timah cepat sembuh..

sedey kan bile ade ahli kuarge sendiri yang sakit..

Post a Comment